Oleh : Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji Ali / Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam Sukan Pantai Asia Ke-6
SANYA, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Selasa, 28 April. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Olympic Council of Asia Honorary Executive Board Member dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Sukan Teqball bagi menyaksikan perlawanan akhir dan mengurniakan pingat kepada pemenang dalam acara Women's Double di Sanya Yuhai Club Venue Cluster.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan mengurniakan pingat emas kepada Thailand, Areeya Homdee dan Jutatip Kuntatong dalam acara Teqball Women's Double, pemenang pingat perak dari Republik Demokratik Rakyat Korea, Sol Gyong Cha
dan Hyo Gyong Kim dan pemenang pingat gangsa bersama kepada pemain Kemboja, Sremeas Mey dan Sophomraksmey Yorn dan Aung Hsu Mon dan Win Naing Naing dari Myanmar.
Pada hari terakhir acara-acara Teqball mempamerkan Thailand adalah jaguh Teqball pada temasya Sukan Pantai Asia ini dan telah mendominasi semua acara Men's Double, Women's Double dan Mixed Double dengan meraih kesemua pingat emas bagi ketiga-tiga acara tersebut.
Ini dikuti dengan Republik Demokratik Rakyat Korea dengan dua pingat perak dalam acara Mixed Double dan Women's Double, manakala Pasukan Iraq meraih pingat perak dalam acara Men's Double. Pasukan-pasukan negara Lubnan, Myanmar, Kemboja dan China meraih pingat-pingat gangsa bersama dalam acara masing-masing.